PERKASA soal sikap berdiam kerajaan dalam kes hina Islam

Oleh Balqis Idris


BANGI, 4 RAMADAN — Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mempersoalkan tindakan pilih kasih kerajaan dalam menyiasat insiden penghinaan agama di Malaysia. 

 

Ketua Penerangannya, Irwan Fahmi Ideris berkata tindakan tegas perlu dikenakan kepada semua pihak tanpa mengira kaum dan kedudukan.

 

“PERKASA menggesa pihak kerajaan untuk menjelaskan kepada rakyat apakah akta kaum, agama dan raja (3R) yang dilaungkan oleh kerajaan hanya memihak kepada satu-satu pihak? 

 

“Jika Melayu, hukuman terus diberikan. Jika bukan Melayu, hanya diam sahaja? PERKASA menuntut penjelasan pihak kerajaan dalam isu ini?

 

“Jangan butakan mata dan bisukan suara rakyat dengan menghalang hak kebebasan bersuara untuk terus menegur dan mengkritik satu-satu dasar yang mendatangkan kerugian,” katanya.  

 

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan semalam mempersoalkan sikap berdiam diri kerajaan dalam beberapa kes penghinaan terhadap Islam.

 

Tular video tiga penyampai radio ERA dilihat mempersendakan upacara Hindu semalam sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati penganut Hindu.


Nabil, Azad dan Radin hari ini selesai memberikan keterangan di Bukit Aman berhubung dakwaan menghina agama.


Sebanyak 44 laporan diterima pihak polis berkaitan isu penghinaan agama oleh penyampai radio berkenaan. 


Dalam perkembangan sama, Irwan mengingatkan hak bersuara rakyat tidak boleh dikekang dengan alasan menjaga keharmonian negara.

 

Katanya, tiada mana-mana pihak yang boleh membutakan mata mengenai hak kebebasan bersuara rakyat dalam menegur dasar kerajaan.


Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Israel mahu Hamas letak senjata jika mahu rundingan baharu

Next Post

Tun Hamid gesa pinda Perlembagaan, elak kemelut titah adendum

Related Posts