Pensyarah: PM ketiga disiasat, rakyat sangsi integriti pemimpin

Oleh Wartawan TV Pertiwi

 

BANGI, 3 RAMADAN — Pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin menegaskan siasatan ke atas Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bakal mengikis kepercayaan rakyat terhadap integriti pemimpin negara. 

 

Dr Hussain Yusri Zawawi berkata Ismail Sabri merupakan bekas perdana menteri ketiga selepas Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, lapor Sinar Harian. 

 

“Dalam konteks ini, kelangsungan politik Ismail Sabri akan bergantung kepada perkembangan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

 

“Ini mengukuhkan persepsi bahawa ketiga-tiga bekas perdana menteri berdepan isu integriti, seterusnya menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap kepemimpinan negara,” katanya.

 

Beliau mengulas siasatan SPRM terhadap Ismail Sabri selepas suruhanjaya berkenaan menemui wang tunai RM170 juta dan 16 kilogram jongkong emas. 

 

Katanya, siasatan ke atas Ismail Sabri membuktikan kedudukan sebagai pemimpin bukan jaminan untuk terlepas daripada tindakan undang-undang.

 

“Tindakan itu mencerminkan keazaman SPRM untuk membanteras rasuah tanpa mengira kedudukan individu terlibat.

 

“Namun ada juga pandangan sebaliknya terutama jika hanya tokoh tertentu disiasat manakala yang lain terlepas daripada tindakan serupa,” jelasnya.

 

Hussain berkata Ismail Sabri mungkin akan didakwa di bawah akta pengubahan wang haram jika siasatan SPRM menemui bukti kukuh untuk pertuduhan di mahkamah.  

 

Katanya, siasatan tersebut akan memberi kesan kepada UMNO dalam konteks kerajaan campuran kerana Ismail Sabri masih berpengaruh dalam kalangan penyokong parti.

 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Dana paling banyak, Rafizi seru negeri miskin aktif cari pelabur

Next Post

Sekilo gula RM15, harga barang di Gaza terus meningkat

Related Posts