Tahajud, Mufti Perlis seru manfaatkan waktu sahur

Oleh Wartawan TV Pertiwi

 

BANGI, 2 RAMADAN — Mufti Perlis menggesa umat Islam di negara ini tidak mengabaikan kelebihan waktu sahur dengan melakukan perkara tidak berfaedah. 

 

Datuk Mohd Asri Zainul Abidin berkata umat Islam dituntut memperbanyakkan ibadah di waktu sahur dengan kelebihan mustajab doa. 

 

“Pada siang hari kita sudah banyak berbicara dengan manusia. Jadi kesunyian malam di waktu tahajud sebanyaknya kita berbicara dengan Sang Pencipta Yang Maha Menerima Doa. 

 

“Janganlah bazirkan waktu tahajud dengan perbualan yang tiada keperluan sesama makhluk atau yang boleh ditangguhkan. 

 

“Setiap detik waktu tahajud atau sahur itu manfaatkan dengan perkara yang paling bermakna dan mustajab ketika itu iaitu solat, istighfar, doa dan munajat,” katanya. 

 

Beliau berkata demikian menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini mengulas kelebihan melaksanakan ibadah pada waktu sahur.

 

Umat Islam di Malaysia mula berpuasa semalam dengan sahur menjadi amalan yang dituntut sebelum menahan lapar dan dahaga sehingga waktu Maghrib.

 

Mohd Asri berkata waktu sahur perlu dimanfaatkan sebaiknya bagi umat Islam dengan memperbanyakkan doa ke hadrat Allah SWT. 

 

Katanya, waktu berkenaan seharusnya diisi dengan solat tahajud dan menghindarkan diri daripada perkara yang melalaikan.  

 

“Kepada-Nya kita sembah segala hasrat dan hajat, segala susah dan resah, segala cita dan cinta, segala impian dan keinginan, segala bimbang dan walang.

 

“Segala khayalan dan igauan yang mustahil pada andaian manusia, tetapi tidak mustahil pada kehendak Sang Pencipta. 

 

“Janganlah kita buang peluang waktu tahajud dengan membaca bahan yang tidak berguna atau dibawa pada masa lainnya,” katanya. 

 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

SPRM jumpa RM170 juta, 16kg jongkong emas terkait bekas PM

Next Post

Hamas berkeras, Israel sekat bantuan ke Rafah

Related Posts