Fasa dua gencatan senjata buntu, Israel nekad serang lagi Gaza

Oleh Wartawan TV Pertiwi

 

BANGI, 2 RAMADAN — Seorang pegawai kanan Israel mendedahkan negara haram itu bersedia menyerang semula Gaza jika tiada kesepakatan dalam rundingan gencatan senjata. 

 

Pegawai itu mendakwa Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu juga tidak berminat untuk beralih ke proses gencatan senjata fasa dua, lapor Middle East Monitor. 

 

“Mencapai ketenangan di Gaza memerlukan kesepakatan aktif. Jika tidak, hanya ada dua pilihan iaitu pembebasan tahanan atau perang. 

 

“Netanyahu cenderung melanjutkan gencatan senjata selama beberapa hari lagi sebelum potensi kembalinya pertempuran di Gaza,” katanya. 

 

Sumber yang enggan dinamakan itu berkata jika pertempuran di Gaza disambung semula maka serangan akan lebih intensif berbanding 14 bulan lepas.

 

Katanya, ia selepas rencana serangan semula bakal mendapat sokongan Presiden Amerika Syarikat (AS) baharu, Donald Trump.

 

Israel semalam menyekat trak bantuan dari memasuki Gaza selepas mendakwa Hamas enggan bersetuju dengan cadangan lanjutan fasa pertama gencatan senjata. 

 

Fasa pertama gencatan senjata berakhir kelmarin dengan wakil rundingan dari Mesir dan Qatar menemui jalan buntu ke arah fasa dua gencatan senjata.

 

Israel dan AS bercadang melanjutkan fasa pertama gencatan senjata dengan tiada serangan sepanjang Ramadan ini. 

 

Hamas bagaimanapun bertegas perjanjian gencatan senjata perlu beralih ke fasa dua sebagaimana yang diputuskan pada 19 Januari lalu.

 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Aktivis pasang impian jadi menteri, tutup sekolah vernakular

Next Post

Tunggakan sewa cecah RM34,000, MBS cabut pintu enam penduduk

Related Posts