Aktivis pasang impian jadi menteri, tutup sekolah vernakular

Oleh Wartawan TV Pertiwi

 

BANGI, 2 RAMADAN — Aktivis pendidikan, Mohd Nor Izzat Mohd Johari memasang impian untuk menutup sekolah vernakular jika beliau dipilih sebagai Menteri Pendidikan.

 

Nor Izzat, 39, berkata sekolah vernakular menjadi punca perpecahan kaum di Malaysia maka konsep sekolah kebangsaan perlu diutamakan.  

 

“Malaysia memerlukan satu sistem pendidikan yang inklusif iaitu satu sekolah untuk semua kaum di mana bahasa Melayu menjadi alat penyatuan dan budaya semua kaum.

 

“Jadi, kepada MCA, DAP dan GERAKAN, saya akan pastikan sekolah vernakular akan ditutup sepenuhnya jika saya ditakdirkan menjadi Menteri Pendidikan satu hari nanti. 

 

“Percayalah, saya cakap, saya buat,” katanya menerusi coretan di laman Facebook miliknya semalam mengulas kenyatan Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seng. 

 

Neow kelmarin mendakwa sekolah vernakular tidak menghalang perpaduan kaum yang sudah dibuktikan generasi terdahulu.

 

Katanya, cadangan untuk menutup sekolah vernakular tidak wajar sebaliknya isu pendidikan perlu ditangani dengan bijaksana berlandaskan fakta.

 

Nor Izzat berkata sekolah vernakular semakin jelas memperkukuh tembok pemisah antara kaum dan melemahkan usaha membina identiti nasional yang bersatu.

 

Katanya, sekolah vernakular mewujudkan satu suasana pendidikan yang tertutup dan monoetnik membawa implikasi negatif terhadap perpaduan kaum. 

 

“Murid-murid di sekolah vernakular berinteraksi hampir sepenuhnya dengan rakan sebangsa, menjadikan peluang untuk memahami budaya kaum lain amat terhad. 

 

“Kekurangan interaksi ini melahirkan generasi yang tidak biasa bergaul dengan kaum lain sekaligus menyemai pemikiran sempit dan prejudis.

 

“Ramai pelajar sekolah vernakular tidak menguasai bahasa kebangsaan dengan baik dan ini memburukkan lagi apabila mereka melangkah ke alam pekerjaan,” katanya.

 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Menteri: Tiada rasis, Ammar gagal KPI punca turun pangkat

Next Post

Fasa dua gencatan senjata buntu, Israel nekad serang lagi Gaza

Related Posts