Oleh Wartawan TV Pertiwi
BANGI, 30 MAC — Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengumumkan umat Islam di seluruh Malaysia akan meraikan Hari Raya Aidilfitri esok.
Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad berkata tarikh 1 Syawal itu mendapat perkenan Majlis Raja-Raja selepas majlis pencerapan anak bulan diadakan di seluruh negara hari ini.
“Saya mengisytiharkan bahawa tarikh permulaan Hari Raya Aidilfitri bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada Isnin 31 Mac 2025,” katanya menerusi pengumuman di televisyen.
Indonesia semalam mengumumkan republik itu akan meraikan Aidilfitri esok selepas anak bulan tidak kelihatan di balai cerapan.
Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi