Sultan Pahang seru jujur, amanah selesai titah adendum

Oleh Wartawan TV Pertiwi 

 

BANGI, 29 SYAABAN — Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menegaskan semua pihak perlu berlaku jujur dan amanah dalam menyelesaikan sesuatu isu.

 

Sultan Pahang bertitah ia termasuk dalam kemelut titah adendum yang perlu diselesaikan mengikut jalur hukum tanpa retorik pihak tertentu.  

 

“Dalam soal Titah Adendum, bahawasanya perkara ini adalah berada dalam bidang kuasa pihak yang bertanggungjawab dan berintegriti.

 

“Oleh itu, semua pihak perlu menghormati proses serta undang-undang yang telah ditetapkan dan tidak menimbulkan sebarang kekeliruan dan retorik.

 

“Saya menyeru semua supaya berpegang teguh kepada nilai kejujuran, amanah, saling menghormati dan bersikap terbuka dalam menyelesaikan sesuatu perkara,” titah baginda. 

 

Al-Sultan Abdullah bertitah demikian ketika Himpunan Pahang Bermunajat Raja Berdaulat di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, di Kuantan semalam.

 

Keberangkatan baginda diiringi Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

 

Mahkamah Rayuan pada Januari lalu menetapkan prosiding semakan kehakiman titah adendum dikembalikan ke Mahkamah Tinggi. 

 

Titah adendum merupakan titah Al-Sultan Abdullah yang membenarkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjara di rumah.

 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

MP DAP kesal 40 anak syarikat kerajaan rugi RM2.66 bilion

Next Post

Pemaaf, sucikan hati amalan murni sebelum Ramadan – MUIS

Related Posts