Britain tidak setuju cadangan Trump usir rakyat Gaza

Keir Starmer (kanan) ketika mengadakan kunjungan ke Rumah Putih semalam.

Oleh Wartawan TV Pertiwi 

 

BANGI, 29 SYAABAN — Perdana Menteri Britain tidak bersetuju dengan cadangan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang mahu mengusir rakyat Palestin dalam pelan pembangunan di Gaza. 

 

Keir Starmer berkata penyelesaian dua negara adalah jawapan kepada konflik di Gaza yang berlarutan sejak puluhan tahun dahulu, lapor Reuters. 

 

“Saya percaya kepada penyelesaian dua negara yang satu-satunya langkah mengekalkan keamanan di rantau itu,” katanya dalam satu sidang media di Washington semalam. 

 

Beliau berkata demikian kepada pemberita berhubung cadangan Trump yang mahu memindahkan penduduk Gaza ke Mesir dan Jordan. 

 

Sementara itu, dalam sidang media sama, Trump berkata wakil rundingan gencatan senjata akan berbincang mengenai fasa kedua gencatan senjata. 

 

“Kita lihat apa yang akan terjadi. Tiada yang tahu hasilnya. Kita lihat nanti,” katanya mengulas fasa pertama gencatan senjata yang akan berakhir esok. 

 

Perantara Qatar dan Mesir sudah mengadakan rundingan untuk fasa kedua gencatan senjata yang menjanjikan baki tahanan dibebaskan. 

 

Rundingan itu kembali diadakan selepas Hamas bersetuju menyerahkan empat mayat warga Israel semalam dengan ratusan tahanan Palestin dibebaskan. 

 

Fasa pertama gencatan senjata menyaksikan 33 tahanan Israel dibebaskan dengan kira-kira 2,000 rakyat Palestin dibebaskan dari penjara.

 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pemaaf, sucikan hati amalan murni sebelum Ramadan – MUIS

Next Post

Bekas penuntut UPNM terlepas hukuman gantung, kembali penjara 18 tahun

Related Posts