Dapat telefon Trump, Nazri nafi Prabowo lebih lantang sokong Palestin

Oleh Kamil Awang 

 

KUALA LUMPUR, 25 SYAABAN — Bekas duta besar ke Amerika Syarikat (AS) menegaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih lantang menyatakan sokongan kepada Palestin. 

 

Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata walau Presiden Indonesia Prabowo Subianto dapat membuat panggilan telefon bersama Donald Trump namun pendirian Anwar lebih kukuh.

 

“Siapa kata [Prabowo lebih lantang]? Warga maya kata? Bagi saya Anwar lebih lantang di mana sekalipun beliau pergi. 

 

“Mengatakan Prabowo lebih lantang, ini hanya mahu menguatkan dakwaan media sosial hendak mengutuk Perdana Menteri. 

 

“Saya tidak fikir begitu. Prabowo baru naik. Beliau lebih lembut, tidak seperti Anwar. Saya bangga dengan Anwar. Beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan,” katanya. 

 

Beliau berkata demikian menerusi wawancara bersama TV Pertiwi di kediamannya di sini minggu lalu mengulas perbualan telefon Prabowo bersama Presiden AS. 

 

Katanya, persepsi warga maya menggambarkan Prabowo masih dapat menghubungi Trump walau lantang menyokong Palestin adalah kenyataan meleset.  

 

“Tidak betul jika mengatakan negara jiran kita lebih lantang. Pemimpin yang lebih lantang adalah Anwar. 

 

“Jangan untuk menegakkan benang yang basah, kita dakwa Prabowo lebih lantang. Siapa kata? Saya duduk di sana, saya tahulah. Saya yang tinggal di AS, saya tahu. 

 

“Orang yang di Malaysia bagai katak bawah tempurung ini, jangan cakap banyaklah. Perdana Menteri lebih lantang sebagai pemimpin dan negara yang menyokong Palestin,” katanya.   

 

Ikuti media sosial TV PERTIWI:

 

https://x.com/TvPertiwi

https://www.instagram.com/tvpertiwiofficial/

https://t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Cari Lailatul Qadar, MUIS gesa siapkan awal sambutan Aidilfitri

Next Post

‘Can I advise you something’ pun jadi bukti, Latheefa selar Azam

Related Posts