JKM sahkan suspek cabul di masjid pemegang kad OKU

Oleh Wartawan TV Pertiwi

 

BANGI, 23 SYAABAN — Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor mengesahkan suspek yang ditahan kerana mencabul adalah Orang Kelainan Upaya (OKU) masalah pembelajaran.

 

Pengarahnya, Azmir Kassim berkata hasil semakan mendapati suspek yang terlibat dalam kes cabul pada awal pagi semalam sememangnya pemegang kad OKU, lapor Harian Metro. 

 

“Hasil pemeriksaan kita dapati dia mempunyai kad OKU masalah pembelajaran sejak kecil lagi,” katanya.

 

Beliau membuat pengesahan itu selepas polis menemui kad OKU pada suspek dan menunggu pengesahan JKM untuk tindakan lanjut.

 

Suspek hari ini direman tujuh hari selepas Hakim Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, Nurul Izzah Hasan Basri membenarkan permohonan polis untuk meneruskan siasatan. 

 

Suspek, 19, disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 selepas video perlakuannya tular di media sosial. 

 

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebuah masjid di Batang Kali, suspek dilihat mendukung kanak-kanak itu dan membawanya keluar dari dewan solat.

 

Kanak-kanak itu mendakwa lelaki berkenaan membuka seluarnya dan mencabul di kawasan masjid sebelum bergegas melarikan diri. 

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menggesa semua masjid dan surau di negara ini meningkatkan langkah kawalan keselamatan. 

 

Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata ia susulan kes cabul terhadap kanak-kanak itu yang sedang menunaikan solat Subuh berjemaah di masjid terbabit.

 

Ikuti media sosial TV PERTIWI:

 

https://x.com/TvPertiwi

https://www.instagram.com/tvpertiwiofficial/

https://t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Gula-gula gummy produk terlarang, KKM gesa ibu bapa lebih waspada

Next Post

PRESMA: Enggan subahat, geng plastik hitam kena tunggu waktu berbuka

Related Posts