Tidak perlu bahas 15 lawan 10 AJK Muslim HARMONI, kata JAKIM

Oleh Wartawan TV Pertiwi 

 

BANGI, 21 SYAABAN — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menggesa semua pihak tidak mempolemikkan bilangan ahli Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama (HARMONI). 

 

Ketua Pengarahnya, Datuk Sirajuddin Suhaimee berkata nisbah bilangan ahli sememangnya sudah ditetapkan sejak 2021.

 

“HARMONI bukanlah satu jawatankuasa baharu yang ditubuhkan. Ia sudah bermula sejak 14 Ogos 2020.

 

“Ia selepas penjenamaan semula daripada Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman Antara Penganut Agama (JKMPKA) yang ditubuhkan bermula 2010 hingga 2019.

 

“Bilangan keanggotaan dan komposisi jawatankuasa ini adalah sama sejak Januari 2021 iaitu 10 wakil Islam dan 15 wakil bukan Islam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

 

Beliau mengulas kecaman pihak tertentu yang mempertikaikan bilangan ahli jawatankuasa beragama Islam lebih kecil berbanding bukan Islam. 

 

HARMONI semalam memaklumkan seramai 25 tokoh agama dilantik bagi menganggotai jawatankuasa itu yang terdiri daripada 10 wakil Islam dan 15 bukan Islam.  

 

Sirajuddin berkata semua pihak diseru tidak mempolemikkan isu pelantikan ahli jawatankuasa HARMONI yang bertujuan memperkukuh perpaduan negara. 

 

Katanya, jawatankuasa itu berfungsi mencadangkan kepada kerajaan berhubung pelaksanaan strategi yang bersesuaian dan berteraskan nilai murni keagamaan.

 

“Ia demi meningkatkan kefahaman dan keharmonian mengenai kepelbagaian agama dan melaksana secara bersama aktiviti kesedaran dan keharmonian antara penganut agama.

 

“Sehubungan itu, JAKIM menyeru semua pihak agar bertanggungjawab serta tidak mempolemikkan jumlah keanggotaan ahli Jawatankuasa HARMONI,” katanya. 

 

Ikuti media sosial TV PERTIWI:

 

https://x.com/TvPertiwi

https://www.instagram.com/tvpertiwiofficial/

https://t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

WHO sambung vaksin polio, sasar 590,000 anak Gaza

Next Post

Amerika pengganas, Nazri tegaskan Malaysia sentiasa sokong Hamas

Related Posts