Rasa terhina? Peguam cabar Rayer saman Mufti Perlis

Oleh Kamil Awang

 

KOTA DAMANSARA, 21 SYAABAN — Peguam kanan mencabar Ahli Parlimen DAP RSN Rayer memfailkan saman terhadap Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin.

 

Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata tindakan itu perlu jika Rayer berasa terhina dengan ungkapan abu suci yang dibangkitkan Mohd Asri.  

 

“Kenapa sekarang Rayer mahu mengatakan perkara itu menghinanya? Di mana penghinaannya? 

 

“Jika Rayer berpendapat itu satu penghinaan, saya berpandangan Mufti Perlis tiada masalah jika Rayer mahu menyamannya. Saman dan jumpa di mahkamah. 

 

“Saya bukan bercakap bagi pihak Mufti Perlis. Saya bercakap dari sudut seorang peguam secara objektif,” katanya dalam wawancara khas bersama TV Pertiwi.  

 

Rayer pada Isnin mendakwa berasa terhina dengan kenyataan Mohd Asri yang mengulas mengenai abu yang disapu di dahinya. 

 

Mohd Asri awal bulan ini menegaskan sedia kembali “bertempur” menentang ahli Parlimen DAP yang dilihat begitu lantang mempersoalkan program keagamaan di Perlis.

 

Ia susulan penganjuran Konvensyen Sunnah Antarabangsa Perlis pada 24 Januari lalu yang menampilkan 18 penceramah antarabangsa termasuk Dr Zakir Naik.

 

Haniff Khatri berkata Rayer tidak wajar mendakwa menjadi mangsa dalam isu tersebut kerana Mufti Perlis memberikan contoh secara umum. 

 

Katanya, masyarakat dan pengamal media tidak harus memberikan publisiti luas kepada Rayer yang memberi tanggapan salah kepada Mufti Perlis. 

 

“Apabila minoriti mengguna pakai isu hina dan memainkan seolah-olah dia mangsa, senang orang hendak terima. Tetapi apabila majoriti mengatakan mereka dihina, orang tutup mata. 

 

“Adakah kita adil? Adakah pihak berkuasa, kerajaan, masyarakat dan pemberita adil? Ini tanggungjawab semua untuk bangkitkan.  

 

“Kita perlu adil melainkan perkara itu dijamin dalam Perlembagaan sebagaimana hak istimewa orang Melayu, kedudukan Islam dan bahasa kebangsaan,” katanya.

 

Haniff Khatri berkata situasi di Amerika Syarikat (AS) wajar dijadikan gambaran apabila diskriminasi positif menghakis hak kaum majoriti. 

 

Katanya, Perlembagaan tidak wajar dilihat sebagai peruntukan menafikan hak kaum minoriti sebagaimana ia menjadi asas pembentukan Malaysia.   

 

“Diskriminasi ini tidak perlu ada walau diskriminasi positif seperti polisi AS yang mengamalkan diskriminasi positif. Ia berlaku apabila universiti memberi lebih kuota kepada kulit hitam. 

 

“Ia sampai menindas rakyat kulit putih pada zaman itu sebab tempat mereka berkurangan. Diskriminasi positif juga adalah satu diskriminasi. 

 

“Benda yang ada dalam Perlembagaan bukan diskriminasi, itu peruntukan Perlembagaan. Jika mahu dipinda, tidak mudah sebagaimana pinda perkara lain,” katanya. 

 

Ikuti media sosial TV PERTIWI:

 

https://x.com/TvPertiwi

https://www.instagram.com/tvpertiwiofficial/

https://t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pakar gesa kerajaan segera bantu pesakit buah pinggang kronik

Next Post

WHO sambung vaksin polio, sasar 590,000 anak Gaza

Related Posts