Oleh Wartawan TV PertiwI
BANGI, 18 SYAABAN — Ketua Pemuda UMNO menggesa penjual jagung yang membangkitkan sentimen perkauman dikenakan tindakan undang-undang.
Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh berkata permohonan maaf tidak memadai bagi mengelak insiden perkauman terus dibangkitkan pihak tertentu.
“Saya minta tindakan seperti ini yang menghina antara kaum perlu dikenakan tindakan undang-undang bukan hanya berakhir dengan meminta maaf sahaja.
“Tidak kira siapa pelakunya, tindakan undang-undang perlu dikenakan agar menjadi pengajaran kepada pihak yang lain.
“Kalau tidak, budaya sebegini yang buat dulu, lepas itu minta maaf akan semakin berleluasa dan semakin mudah golongan-golongan ini terlepas,” katanya.
Beliau berkata demikian menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini mengulas permohonan maaf penjual jagung itu di Sepang, Selangor semalam.
Tular di media sosial seorang peniaga jagung menunjukkan plakad enggan menjual jagung kepada kaum tertentu.
Lelaki itu bagaimanapun sudah mengemukakan permohonan maaf dalam satu majlis yang diadakan di Kota Warisan, Sepang petang semalam.
Saranan Dr Muhammad Akmal itu turut mendapat sokongan aktivis masyarakat, Izzat Johari yang menggesa penjual jagung itu diambil tindakan segera.
“Ini bukan struktur bahasa Orang Melayu. Kalau betul pun orang Melayu, tolong tangkap segera. Akan tetapi, jika bukan orang Melayu, tolong bakar kedai itu segera,” katanya.
Ikuti media sosial TV PERTIWI: