Oleh Wartawan TV Pertiwi
11 SYAABAN — Mangsa banjir di Sabah dan Sarawak terus mencatatkan peningkatan setakat 2.30 petang tadi dengan 5,650 orang ditempatkan di 24 pusat pemindahan sementara (PPS).
Berdasarkan laman sesawang Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 4,495 mangsa terjejas di Sarawak terdiri daripada 1,405 keluarga.
14 PPS dibuka di Sarawak di empat daerah iaitu Bintulu, Miri, Mukah dan Sibu
dengan Bintulu mencatatkan mangsa teramai 3,020 orang terdiri daripada 934 keluarga berlindung di empat PPS.
611 mangsa pula berlindung di lima PPS di Miri terdiri daripada 189 keluarga manakala 603 mangsa terdiri daripada 210 keluarga di Mukah berlindung di empat PPS.
Sementara itu, 1,155 mangsa banjir ditempatkan di Sabah terdiri daripada 363 keluarga yang berlindung di enam PPS.
Beaufort mencatatkan mangsa paling ramai dengan 650 orang yang terdiri daripada 215 keluarga berlindung di tiga PPS.
Membakut pula mencatatkan 252 mangsa terdiri daripada 83 keluarga manakala 253 mangsa terdiri daripada 65 keluarga berlindung di dua PPS di Kinabatangan.
Ikuti media sosial TV PERTIWI: