Chegubard hairan Hannah kerap ke mahkamah abai tugas menteri, MP

Oleh Wartawan TV Pertiwi 

 

BANGI, 7 SYAABAN — Aktivis politik Chegubard mempersoalkan kekerapan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menghadiri perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

 

Chegubard, nama popular Badrul Hisham Shaharin, berkata Hannah tidak perlu hadir untuk mendengar perbicaraan kerana terdapat tanggungjawab lain di luar mahkamah.

 

“Hari ini berjalan kes saman sivil Hannah ke atas pensyarah Dr Kamarul Zaman Yusoff mengenai isu dakwah Kristian. 

 

“Selama beberapa hari kes ini berjalan, Menteri Belia dan Sukan hadir sendiri di mahkamah. 

 

Kehadiran beliau sebenarnya tidak perlu khususnya ketika Parlimen sedang bersidang. 

 

“Kamu bukan tertuduh kes jenayah yang dalam jaminan dan wajib hadir,” katanya menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini.

 

Kamarul Zaman merupakan defendan dalam kes saman Hannah atas kenyataan pensyarah itu mendakwa Hannah menyebarkan agama Kristian.

 

Beliau didakwa memuat naik dua hantaran Facebook pada 10 dan 17 Mei 2017 mendakwa Hannah mempunyai motif untuk menyebarkan agama Kristian menerusi politik.

 

Katanya, buku tulisan Hannah diterbitkan bagi memacu agenda Kristian dan mendakwa wakil rakyat DAP itu berniat untuk mengubah Malaysia menjadi negara Kristian.

 

Chegubard berkata kehadiran Hannah itu wajar dipersoalkan ketika sidang Parlimen yang masih berlangsung selain tugas seorang menteri.  

 

Katanya, Hannah perlu memberikan penjelasan sama ada kehadirannya itu sudah diberikan cuti oleh Perdana Menteri atau sebaliknya.  

 

“Nampak sangat menteri sudahlah tidak ke Parlimen ketika persidangan malah macam tidak ada kerja di pejabat Kementerian Belia dan Sukan.

 

“Beberapa hari ini beliau jelas hadir dengan kenderaan rasmi diletakkan depan lobi mahkamah dan ramai pegawai mengiring. Ia jelas salah guna kuasa.

 

“Beliau memilih hadir kerja peribadi daripada kerja rasmi. Adakah beliau dapat cuti rasmi?” soalnya.

 

Ikuti media sosial TV PERTIWI:

 

https://x.com/TvPertiwi

https://www.instagram.com/tvpertiwiofficial/

https://t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pemuda DAP biadap, jahil campur urusan agama Islam, kata PAS

Next Post

Pemuda UMNO seru Wisma Putra panggil Duta AS bantah cadangan Trump

Related Posts