Oleh Wartawan TV Pertiwi
BANGI, 1 SYAABAN — Lintasan Rafah yang merupakan sempadan di antara Mesir dan Tebing Gaza mula dibuka hari ini kepada orang awam.
Laluan yang merupakan pintu masuk utama ke selatan Gaza itu dibuka dua hari lebih awal dari apa yang dirancang dalam perjanjian gencatan senjata, lapor media Israel, Katz.
Di bawah perjanjian tersebut, lintasan itu hanya akan dibuka selepas Hamas membebaskan semua tahanan wanita dalam kalangan orang awam dan tentera.
Hamas semalam membebaskan dua tahanan wanita selain lima warga Thailand yang ditahan pada 7 Oktober 2023.
Lintasan Rafah yang mula dibuka hari ini akan dipantau pihak keselamatan Eropah bersama pihak berkuasa Palestin yang tiada kaitan dengan Hamas.
Laluan itu sebelum ini sudah pun dibuka untuk bantuan kemanusiaan masuk ke Gaza sebagai sebahagian syarat perjanjian gencatan senjata.
Israel menutup lintasan itu pada Mei tahun lalu diikuti Mesir yang enggan membukanya jika tentera penjajah tidak mengembalikan kawalan sempadan kepada Palestin.
Krisis kemanusiaan di Gaza semakin meruncing selepas tentera Israel mengehadkan bantuan kemanusiaan melalui lintasan itu.
Perjanjian gencatan senjata kini berada pada fasa pertama dengan Hamas akan membebaskan 33 tahanan manakala Israel akan membebaskan lebih 2,000 tahanan dari penjara.
Setakat ini, Hamas sudah membebaskan 10 tahanan dengan sembilan daripadanya terdiri daripada wanita.
Israel mendakwa lapan daripada 33 tahanan di bawah kawalan Hamas sudah meninggal dunia.
Ikuti media sosial TV PERTIWI: