Anwar tempelak pihak pertikai usaha bantu bangunkan semula Gaza

BANGI, 1 Syaaban – Perdana Menteri menempelak pihak tertentu yang mengecam dan mempertikaikan usaha Malaysia untuk membantu pembangunan semula Gaza.

 

Baginya, Malaysia harus memulakan langkah perubahan untuk membantu meringankan beban rakyat di Gaza.

 

Ini kerana,  kesengsaraan yang dihadapi oleh umat Islam Gaza, Palestin ini jarang berlaku dalam hidup kita.

 

Justeru, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Malaysia akan membina sebuah sekolah, hospital dan masjid di Gaza menerusi projek Bandar Wakaf.

 

Bahkan, Malaysia dan Jepun juga sepakat membina semula Gaza menerusi inisiatif Kerjasama antara Asia Timur untuk Pembangunan Palestin (CEAPAD).

 

“Ada yang kata tak cukup, satu pihak ini dia kata kita main-main, (projek) ini jumlahnya ratus juta.

 

“Ada pula golongan yang kononnya cerdik, pemimpin-pemimpin lama dulu ada seorang dia kata…sekolah kita pun tak selesai, nak tolong orang lain.

 

“Ini perasaan hati manusia bagaimana? Kita tolong orang kampung lain, orang boleh kata kampung kamu pun belum selesai, tapi dalam Islam dia tidak pernah fikir begitu,” katanya seperti dilapor media tempatan.

 

Terdahulu, bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz, dilaporkan menggesa pemimpin negara memberi keutamaan kepada keperluan rakyat, sebelum memulakan rancangan membangunkan semula Gaza.

 

Dakwanya, perhatian perlu diberikan kepada negara terutamanya kepada keadaan yang menyedihkan seperti masalah di sekolah dan hospital kerajaan luar bandar serta tempat ibadat.

 

Ikuti media sosial TV PERTIWI:

 

https://x.com/TvPertiwi
https://www.instagram.com/tvpertiwiofficial/
https://t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Lelaki ugut bunuh Harith Iskander, keluarga didakwa di mahkamah

Next Post

Lintasan Rafah dibuka lebih awal, orang awam dibenar seberang hari ini

Related Posts