1 juta kanak-kanak Gaza perlukan sokongan kesihatan mental: PBB

NEW YORK, 24 Rejab – Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diberitahu bahawa kira-kira satu juta kanak-kanak di Gaza memerlukan sokongan kesihatan mental berikutan keadaan yang semakin teruk di wilayah itu.

 

Dilaporkan, sehingga 1 juta kanak-kanak di Gaza mempunyai masalah kecemasan, kemurungan, dan  pemikiran bunuh diri setelah hampir 15 bulan berdepan dengan serangan bom Israel.

 

Menurut laporan yang dibentangkan di hadapan Majlis Keselamatan PBB, kanak-kanak di Gaza terdedah kepada trauma akibat peperangan yang berpanjangan, kehilangan keluarga, serta kehancuran infrastruktur.

 

Organisasi antarabangsa memberi amaran bahawa tanpa sokongan yang mencukupi, keadaan kesihatan mental kanak-kanak ini boleh bertambah buruk, memberi impak jangka panjang terhadap perkembangan mereka.

 

Ikuti media sosial TV PERTIWI:

 

https://x.com/TvPertiwi
https://www.instagram.com/tvpertiwiofficial/
https://t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Israel tambah pagar besi sekat urusan di Tebing Barat

Next Post

Komander Hamas yang didakwa dibunuh Israel, kini ditemui hidup di Gaza: Laporan

Related Posts