Hassan: PKR jangan lupa diri, benarkan himpunan benci rasuah

Oleh Wartawan TV Pertiwi 

 

BANGI, 22 Rejab — Hassan Abdul Karim mengingatkan PKR tidak lupa diri dalam usaha menyekat perhimpunan rakyat membantah perbuatan rasuah.

 

Ahli Parlimen PKR itu berkata parti reformasi tersebut diasaskan di jalan raya maka tiada sebab perhimpunan rakyat Sabtu ini perlu dihalang.

 

“Nama baik kerajaan madani akan jadi buruk jika menekan hak rakyat untuk berhimpun.

 

“Kerajaan Pakatan Harapan (PH) khususnya PKR adalah kerajaan yang dibina dari gerakan jalan raya dan perhimpunan aman. Jangan lupa sejarah PH terutama PKR itu sendiri.

 

“Jangan lupa diri,” katanya dalam satu kenyataan disiarkan di laman Facebook miliknya semalam. 

 

Ketua Polis Dang Wangi mengesahkan pihaknya menerima notis pemberitahuan berhubung penganjuran Himpunan Rakyat Benci Rasuah yang akan diadakan Sabtu ini.

 

ACP Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, bagaimanapun notis berkenaan tidak lengkap kerana tidak disertakan persetujuan pemilik premis perhimpunan.

 

Katanya, orang ramai dinasihatkan tidak menyertai perhimpunan itu dan polis akan mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak yang melanggar undang-undang.

 

Peserta perhimpunan akan berhimpun di hadapan pusat membeli-belah Sogo sebelum berarak di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman dan akan berakhir di Dataran Merdeka.

 

Hassan berkata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail perlu menjadi pemudah cara agar peserta dapat berhimpun secara aman Sabtu ini.

 

Katanya, Saifuddin juga perlu sentiasa mengingatkan pihak polis bahawa perhimpunan pada masa ini tidak lagi memerlukan permit sebagaimana keperluan Akta Polis 1967.   

 

“Jadi Menteri Dalam Negeri perlu membantu para aktivis, badan bukan kerajaan (NGO) dan anggota masyarakat untuk berhimpun secara aman. Itu hak rakyat. 

 

“Tujuan mereka hendak lawan rasuah. Ia selari dengan matlamat kerajaan sekarang di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

“Jadi Menteri Dalam Negeri perlu menasihati pihak polis supaya menjadi fasilitator atau pemudah cara untuk orang ramai berhimpun secara aman,” katanya. 

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

 

Ikuti media sosial TV PERTIWI:

 

https://x.com/TvPertiwi

https://www.instagram.com/tvpertiwiofficial/

https://t.me/tvpertiwi

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

6 terkorban, 35 cedera rejim penjajah serang Jenin

Next Post

Rakyat Gaza bukan almari, Indonesia bantah cadangan Amerika

Related Posts