WASHINGTON, 21 Rejab – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengarahkan negara itu menarik diri daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dengan alasan badan dunia tersebut gagal menangani pandemik COVID-19 dengan baik dan terlalu dipengaruhi oleh China.
Trump sebelum ini telah menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap WHO kerana didakwa tidak bersikap tegas dalam menanggapi krisis kesihatan global tersebut.
Dia mendakwa, organisasi itu terlalu mendukung kepentingan China. Tindakan ini dilihat sebagai langkah untuk mengurangkan pengaruh China dalam urusan kesihatan global.
Keputusan Amerika Syarikat untuk menarik diri dari WHO akan memberi impak besar terhadap sokongan kewangan dan kerjasama antarabangsa dalam usaha menangani pandemik dan isu kesihatan global yang lain.
Trump menyatakan bahawa WHO gagal bertindak secara bebas daripada pengaruh politik yang tidak sesuai oleh negara-negara anggota WHO dan mengenakan bayaran yang tidak wajar daripada Amerika Syarikat.
“WHO telah menipu kami, semua orang menipu Amerika Syarikat. Itu tidak akan berlaku lagi,” kata Trump semasa menandatangani perintah eksekutif mengenai penarikan diri tersebut, sejurus selepas beliau mengangkat sumpah untuk penggal kedua.
WHO tidak memberikan sebarang respons segera terhadap permintaan untuk ulasan.
Sebelum ini, AS dilaporkan penyumbang kewangan terbesar WHO, sekitar 18% daripada pembiayaan keseluruhannya. Bajet dua tahun terbaharu WHO untuk 2024-2025 adalah sebanyak $6.8 bilion.
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI
Ikuti media sosial TV PERTIWI: