Parti Likud dakwa Israel dibenar serang Gaza lepas gencatan senjata

Oleh Wartawan TV Pertiwi

 

BANGI, 17 Rejab — Parti Likud yang dipimpin Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mendakwa proses gencatan senjata tidak akan menghentikan serangan Israel di Gaza. 

 

Portal berita Al-Jazeera melaporkan Likud mendakwa Israel dibenarkan menyerang semula Gaza dengan jaminan yang diberikan Amerika Syarikat (AS).

 

“Perjanjian sedia ada membolehkan Israel kembali berperang di bawah jaminan AS, menerima senjata, memaksimumkan bilangan tebusan dan mengekalkan kawalan di Koridor Philadelphia. 

 

“Perkara itu juga mencapai keselamatan dramatik yang akan memastikan keselamatan Israel selama beberapa generasi,” katanya dalam satu kenyataan semalam. 

 

Perdana Menteri Qatar kelmarin mengumumkan gencatan senjata di Gaza akan bermula Ahad ini selepas pihak yang berunding berjaya mencapai kata sepakat.

 

Sheikh Mohammed Abdulrahman Al Thani berkata proses gencatan senjata akan dilakukan secara berperingkat dalam usaha membebaskan tahanan dan pengunduran tentera Israel dari Gaza. 

 

Parti Likud berkata perjanjian gencatan senjata dijangka diluluskan hari ini oleh Kabinet Israel walau tidak mendapat sokongan penuh pihak lawan.

 

Katanya, pihak atau pimpinan yang mengugut untuk keluar dari kerajaan akan diingati sebagai pengkhianat dunia.

 

Perdana Menteri Israel mendakwa perjanjian gencatan senjata masih belum dimuktamadkan selepas wakil rundingan belum menerima pengesahan Hamas.

 

Benjamin Netanyahu berkata Hamas membuat tuntutan baharu dan mahu kembali ke meja rundingan.

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

 

Ikuti media sosial TV PERTIWI:

 

https://x.com/TvPertiwi

https://www.instagram.com/tvpertiwiofficial/

https://t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pensyarah dakwa buku Hannah Yeoh mampu pengaruhi umat Islam

Next Post

Syeikh Agung Al-Azhar As-Syarif seru dunia segera hantar bantuan ke Palestin

Related Posts