Pemuda UMNO lancar kempen ‘pastikan halal, baru beli’

Oleh: Azzman Jamal

 

BANGI, Rabu – Pemuda UMNO melancarkan kempen ‘pastikan halal, baru beli’ bagi memastikan pengguna dalam kalangan umat Islam menyemak kesahihan logo halal yang tertera pada produk makanan dibeli.

 

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, pendedahan mengenai penggunaan logo halal secara tidak sah pada bungkusan sandwic ‘ham dan cheese’ yang tular baru-baru ini wajar dijadikan pengajaran agar perkara sama tidak berulang lagi.

 

Akmal berkata, orang ramai disarankan memuat turun aplikasi ‘Verify Halal’ yang diluluskan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

 

“Mana-mana produk yang ada logo halal, semak sendiri. 

 

“Kalau tiada dalam sistem, maka tolong beritahu kepada Pemuda UMNO dan kita akan pastikan mereka yang menggunakan logo halal tipu ini akan dikenakan tindakan yang sangat keras supaya kita nak beritahu jangan khianat kepercayaan kami,” katanya dalam video yang dimuat naik di media sosial beliau semalam.

 

Sebelum ini, tular mengenai sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) membuat laporan polis mengenai sandwic ham dan cheese yang dijual mengandungi paparan logo halal.

 

Pihak KK Mart dalam kenyataan menjelaskan bahawa sandwic itu menggunakan ‘Chicken Ham’ iaitu kepingan ayam.

 

Bagaimanapun siasatan daripada pihak berkuasa mendapati logo halal yang terdapat pada bungkusan sandwic itu adalah tidak sah, dan syarikat yang menghasilkan produk tersebut bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

 

Pada masa sama, KK Mart turut menjelaskan pihak syarikat itu telah mengarahkan peguam menghantar surat tuntutan (LOD) kepada pembekal, Shake and Bake Cafe Sdn Bhd berhubung isu tersebut.

 

Namun begitu, Akmal mengingatkan KK Mart bahawa syarikat rangkaian serbaneka itu juga patut bertanggungjawab kerana tidak menyemak secara menyeluruh sebelum membawa masuk produk terbabit ke rangkaian kedai tersebut.

 

“Jadi, kepada seluruh kedai-kedai dalam negara, ambil ini sebagai pengajaran dan pastikan produk makanan yang kamu nak jual ini, kalau ada cop halal, pastikan cop halal ini benar (sahih) dan tengok sijil halal itu/

 

“Itu semua biarlah pihak berkuasa yang buat kerja dan sebagainya dan kita minta tindakan tegas mesti diangkat kepada petualang vendor ini, yang jual sandwic menggunakan logo halal palsu,” tambahnya.

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Anggaran kerugian akibat kebakaran hutan Los Angeles $275 bilion setakat ini

Next Post

UMMAH: Mohon ‘gag order’ bukti kerajaan derhaka Agong ke-16

Related Posts