Vietnam kin menjadi antara menjadi antara gergasi baharu dalam pasaran durian global apabila nilai eksport buah itu dari negara berkenaan mencecah US$3.3 bilion (RM14.85 bilion) pada 2024, demikian menurut laporan CNBC.
Menurut laporan, eksport durian Vietnam telah meningkat 7.8 kali ganda berbanding 2022, merangkumi hampir 50% daripada jumlah keseluruhan nilai penghantaran buah dan sayur-sayuran negara itu.
Peningkatan mendadak itu didorong oleh permintaan kukuh dari China, yang menganggap durian sebagai buah ‘mewah’ dan bahan masakan istimewa.
Pada November 2024, import durian mencapai 1.53 trilion tan, yang dianggarkan bernilai
US$6.83 bilion (RM30.74 bilion), naik 9.4% secara tahunan.
Durian dilihat sebagai satu fenomena trend bagi golongan pertengahan di China menerusi pelbagai produk inovatif seperti hot pot durian, roti durian dan bufet bertema.
Justeru, Vietnam telah menggunakan peluang ini untuk meningkatkan pengeluaran berkualiti tinggi secara konsisten untuk memenuhi permintaan pasaran premium di negara berkenaan.
Sementara itu, data statistik di Indonesia menunjukkan negara itu bergelut untuk bersaing Vietnam apabila nilai eksport duriannya hanya mencecah US$1.07 juta (RM4.81 juta) pada 2023.
CNBC mentafsirkan pencapaian Vietnam menerusi strateginya yang komprehensif, menekankan peningkatan kualiti, inovasi teknologi, dan pengembangan di pasaran global.
“Negara itu (Vietnam) memanfaatkan 150,000 hektar untuk penanaman durian terutama di kawasan Delta Mekong dan tanah tinggi bagi memastikan penghasilan berkualiti tinggi sepanjang tahun.
“Urus niaga strategik bersama China yang diwujudkan menerusi protokol eksport pada 2022 telah mengukuhkan kedudukan Vietnam,” demikian menurut laporan itu. – CNBC
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI