Akmal gesa siasat penemuan logo halal pada sandwic mengandungi unsur babi

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh

Oleh: Azzman Jamal

 

BANGI, Isnin – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menggesa pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan susulan penemuan produk makanan ‘ham dan cheese’ yang mendapat status halal di sebuah kedai serbaneka dalam Universiti Malaya (UM).

 

Menurut Akmal, perkara itu didedahkan apabila kumpulan mahasiswa UM membuat satu laporan polis terhadap KK Mart di dalam universiti itu pada 10 Januari lepas kerana penjualan produk terbabit.

 

“Kalau nak tahu ham ini apa, ia ada unsur khinzir dalamnya, ada daging babi dalam itu dan telah dijual ham dan cheese dalam UM, rata-rata orang Melayu pun ada dalam (universiti) itu).

 

“Okaylah, mungkin untuk anak-anak Cina, India atau bukan Melayu. Okaylah boleh terima lagi, tapi tengok kat belakang (bungkusan) ini, ada logol halal.

 

“Saya nak tanya pada KK Mart. Bila masa ham ini halal? Bagaimana produk ini dapat logo halal?” Soalnya menerusi video yang dimuat naik dalam Facebook beliau.

 

Akmal yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka turut meluahkan rasa kesal apabila penemuan produk makanan itu merupakan insiden kedua pihak jenama rangkaian serbaneka itu menyentuh sensitiviti orang Melayu Islam.

 

Pada masa sama, Akmal mempersoalkan mengenai kredibiliti jaminan halal produk yang dijual dalam kedai serbaneka itu apabila selepas penemuan logo halal pada bungkusan makanan terbabit.

 

“Kalau ham dan cheese pun dapat logo halal, yang lain-lain produk macam mana?

 

“Bagaimanakah jaminan keselamatan produk yang dijual halal di dalam KK Mart ini?” soalnya.

 

Selain daripada pihak polis, Akmal turut menggesa pihak berkaitan memainkan peranan dan mengambil tindakan sewajarnya.

 

“Kita sebagai orang Islam, ini bukan kali yang pertama, tetapi kali kedua.

 

“Cukup-cukuplah mereka ini mempersendakan agama kita,” tambahnya.

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Lima daerah, 3,970 mangsa terjejas banjir di Johor

Next Post

UMMAH desak tutup sekolah persendirian Cina, ganti aliran perdana

Related Posts