Smotrich konon dakwa Israel sedang persiap ‘neraka’ untuk Hamas

TEL AVIV, 9 Rejab – Menteri Kewangan sayap kanan Israel, Bezalel Smotrich dengan lantang dan biadab memberi amaran mengenai fasa baharu dalam peperangan di Gaza.

 

Ketika wawancara secara langsung di Saluran 7 Israel, pemimpin ekstremis itu mendakwa, akan berlaku perubahan yang sangat asas dalam cara Israel menjalankan peperangan di wilayah terkepung itu.

 

“Kami sedang mempersiapkan neraka untuk Gerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas),” kata Smotrich.

 

Dalam sesi yang sama, beliau turut mengkritik perbincangan yang sedang berlangsung untuk gencatan senjata, kononnya menyatakan bahawa ‘sepatutnya tiada perundingan dengan Hamas’.

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

 

http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Video promosi abai Islam, PERKASA desak lagi pecat King Sing

Next Post

Video masjid belum siap, BERSATU gesa King Sing mengaku salah

Related Posts