Oleh Wartawan TV Pertiwi
BANGI, 8 Rejab — Pasukan pejuang Palestin, Hamas mengecam amaran kedua presiden terpilih Amerika Syarikat (AS), Donald Trump terhadap rundingan pembebasan tahanan.
Pemimpin kanannya, Osama Hamdan berkata Hamas hanya akan bersetuju dengan rundingan gencatan senjata jika Israel berundur dari Gaza, lapor Reuters.
“Presiden AS seharusnya mengeluarkan kenyataan lebih berdisiplin dan diplomatik.
“Syarat Hamas ialah serangan dihentikan dan penarikan penuh pasukan penjajah dari Gaza,” katanya dalam satu sidang media di Algeria semalam.
Trump dalam satu sidang media di rumah peranginannya di Florida, AS berkata beliau menghormati rundingan gencatan senjata yang sedang berlangsung.
Namun, katanya, jika tiada penyelesaian dicapai sebelum beliau mengangkat sumpah sebagai presiden AS, “all hell” (mala petaka) akan berlaku di Timur Tengah.
Sementara itu, Kementerian Luar Israel mendakwa Hamas selama ini yang menjadi penghalang terhadap rundingan gencatan senjata.
Ketua pengarahnya, Eden Bar Tal berkata Israel sudah memberikan komitmen penuh terhadap rundingan yang dwakili Qatar dan Mesir itu.
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI
Ikuti media sosial TV PERTIWI: