Kerajaan tidak sorok Titah Adendum, kata Fahmi

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil

Oleh: Azzman Jamal

 

BANGI, Rabu – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menafikan dakwaan kerajaan menyembunyikan Titah Adendum yang mengarahkan Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjara di rumah.

 

Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Madani berkata, beliau sendiri tidak pernah menerima, melihat atau dimaklumkan berhubung dokumen berkenaan.

 

“Dokumen (Titah Adendum) yang dimaksudkan itu sejujurnya tidak disorok.

 

“Saya sendiri sebagai Menteri Komunikasi tidak ada menerima, melihat atau dimaklumkan dokumen tersebut dan saya percaya perkara ini oleh sebab ia melibatkan Lembaga Pengampunan.

 

“Kita juga ambil maklum bahawa mahkamah rayuan sudah putuskan kes ini diremit semula ke Mahkamah Tinggi, maka kita perlu mengambil pandangan dan nasihat daripada Peguam Negara tentang beberapa perkara supaya tidak prejudiskan kes tersebut,” katanya dalam sidang media hari ini.

 

Pada Isnin lalu, Najib berjaya mendapat kebenaran untuk memulakan prosiding semakan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung penolakan permohonannya untuk menjalani hukuman penjara enam tahun di bawah tahanan rumah.

 

Semakan kehakiman itu adalah satu perintah untuk memaksa kerajaan atau enam pihak lain menjawab mengesahkan kewujudan titah Adendum pad Januari tahun lalu.

 

Ketika sesi mahkamah sedang berlangsung, Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mendedahkan surat daripada Majlis kesultanan Pahang yang mengesahkan Titah Adendum itu wujud dan sahih.

 

Ketika ditanya mengapa kerajaan mengambil masa begitu lama untuk menjelaskan tentang kewujudan Titah Adendum, Fahmi berkata, kerajaan berpandukan proses yang berlaku dalam mahkamah.

 

“Seperti Perdana Menteri jawab di Parlimen sewaktu sesi Pertanyaan Perdana Menteri, kita tertakluk kepada prinsip subjudis maka kita akur dan patuh prinsip itu dan proses di mahkamah itu diteruskan,” jelasnya.

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Qatar, Jordan bantah Israel buat peta sempadan baharu

Next Post

Kerajaan selaras proses hantar pulang rakyat Palestin – Fahmi

Related Posts