Bumbung Axiata Arena bocor: Perbadanan Stadium Malaysia mohon maaf

BANGI, 8 Rejab – Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) memohon maaf kepada semua pihak terutama penganjur dan peminat sukan badminton susulan insiden kebocoran bumbung di Axiata Arena, semalam.

 

Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif PSM, Iliyas Jamil memaklumkan,  masalah kebocoran pada bumbung Axiata Arena adalah kerana proses penggantian bumbung lama (sejak 1998) kepada yang baru telah dibuat pada pertengahan 2024.

 

Katanya, proses penukaran bumbung oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dilaksanakan oleh kontraktor yang dilantik oleh JKR mengambil masa selama setahun melalui kaedah tidak perlu menutup Axiata Arena bagi penganjuran acara.

 

“Sejak pertengahan tahun 2024 sehingga kini, tiada sebarang kebocoran berlaku di kawasan arena,” katanya. 

 

Beliau menjelaskan, kebocoran yang berlaku disebabkan oleh air hujan yang menitis dan terkena pada gelanggang.

 

Justeru, PSM dengan kerjasama kontraktor telah melaksanakan kerja-kerja segera untuk mengalirkan air ke tempat lain sejak jam 4.30 petang dan gelanggang boleh digunakan semula pada jam 8 malam.

 

“Pada malam tersebut, PSM dan kontraktor telah melaksanakan kerja-kerja yang lebih untuk memastikan masalah ini tidak berulang pada hari-hari berikutnya,” katanya. 

 

Dilaporkan, insiden berkenaan menganggu seketika aksi saingan pembuka tirai Siri Jelajah Persekutuan Badminton Dunia (BWF) berstatus Super 1000 kerana terpaksa dihentikan untuk sementara.

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI 

 

http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

PUSPAKOM gantung tugas enam pegawai disyaki bantu kerja ‘runner’

Next Post

Tidak diplomatik, Hamas kecam amaran kedua Trump

Related Posts