Tuduh PM, kerajaan sembunyi Titah Adendum tidak berasas – AMK

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Oleh: Azzman Jamal

 

BANGI, Selasa – Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendakwa tindakan pihak yang menuduh kerajaan termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyembunyikan kewujudan Titah Adendum adalah tidak berasas.

 

AMK dalam kenyataan hari ini berkata, tuduhan itu adalah cubaan untuk mencemar reputasi Perdana Menteri serta Kerajaan Malaysia.

 

Justeru, AMK akan membuat laporan polis terhadap beberapa individu termasuk  termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin; Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid; Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal; Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari serta S. Subramaniam 

 

“Dokumen Adendum yang ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang disaksikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr. Zaliha Mustafa mengarahkan Jabatan Penjara untuk memendekkan tempoh hukuman penjara Datuk Seri Najib Razak kepada 23 Ogos 2028 dan mengurangkan jumlah denda kepada RM50 juta.

 

“Kerajaan melalui Jabatan Penjara hanya menjalankan tugas berdasarkan prosedur rasmi dan dokumen sah yang diterima daripada Lembaga Pengampunan bertarikh 29 Januari 2024.

 

“Selanjutnya, apabila Pejabat Istana Pahang mengesahkan kewujudan titah Adendum, Jabatan Peguam Negara membenarkan pembuktian dokumen tersebut di mahkamah,” jelasnya.

 

Semalam, Najib berjaya mendapat kebenaran untuk memulakan prosiding semakan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala lumpur berhubung penolakan permohonannya untuk menjalani hukuman penjaran enam tahun di bawah tahanan rumah.

 

Semakan kehakiman itu adalah satu perintah untuk memaksa kerajaan atau enam pihak lain menjawab mengesahkan kewujudan titah Adendum pada Januari tahun lalu.

 

Susulan itu, ramai termasuk parti politik pembangkang mempertikaikan sekiranya kerajaan telah menyembunyikan kewujudan Titah Adendum berkenaan dan mendesak ia dijelaskan secara terperinci.

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kes Najib: Apakah pendirian sebenar Kerajaan Madani? – Rafique

Next Post

Bekas pegawai kanan Israel bimbang generasi muda ramai sokong genosida

Related Posts