Tentangan DAP terhadap kerjasama UMNO, PAS sangat jelas – Dr Mahathir

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad

Oleh: Azzman Jamal

 

BANGI, Selasa – Tentangan DAP terhadap kerjasama UMNO dan PAS sangat jelas, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

 

Beliau berkata, kerjasama antara dua parti Melayu itu sangat tidak dipersetujui oleh pemimpin DAP termasuk pengerusinya, Lim Guan Eng yang masih dianggap ‘berbisa’.

 

“Ramai tidak faham kenapa UMNO tarik diri dari solidariti terhadap permohonan Najib (Datuk Seri Najib Razak) berkenaan (Titah) Adendum).

 

“Kenyataan Yang di-Pertuan Agong tidak melarang perhimpunan yang dirancang.

 

“Kenyataan Duli Yang Maha Mulia cuma menjelas cara pengampunan boleh diberi. Perhimpunan berkenaan adendum boleh diteruskan oleh UMNO

 

“Tetapi yang jelas ialah tentangan DAP terhadap kerjasama UMNO dengan PAS. Jika diteruskan UMNO mungkin tersingkir dari Kerajaan PH, Lim Guan Eng masih berbisa,” katanya dalam ciapan X semalam. 

 

Sebelum ini, UMNO dan PAS merancang untuk mengadakan himpunan solidariti terhadap Najib di Istana Kehakiman, Putrajaya ketika Mahkamah Rayuan mendengar permohonan difailkan berhubung Titah Addendum.

 

UMNO kemudian menarik diri daripada menghadiri perhimpunan tersebut, manakala PAS membuat keputusan untuk hadir.

 

Situasi itu bagaimanapun tidak menghalang beberapa pemimpin Barisan Nasional dan UMNO seperti Ketua Pemuda, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh hadir bersama penyokong dan ahli keluarga Najib selain disertai pemimpin dari Perikatan Nasional (PN) terdiri daripada BERSATU dan PAS.

 

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, kerajaan hari ini tidak akan tumbang sekiranya UMNO disingkir.

 

Bagaimanapun, katanya, situasi itu akan menjejaskan pemimpin UMNO apabila parti itu tidak lagi berada dalam kerajaan.

 

“Inilah nasib UMNO. Keselamatan pemimpin UMNO bergantung kepada sertaan dalam kerajaan.

 

“Sokongan DAP diperlukan,” tambahnya.

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Salah peguam negara, Anwar tidak perlu berundur, kata Hassan

Next Post

Nak jayakan Reformasi Pendidikan, pihak berkuasa kena berani bentangkan data terkini

Related Posts