Kes Najib: Apakah pendirian sebenar Kerajaan Madani? – Rafique

Ketua Penerangan PEJUANG, Rafique Rashid

Oleh: Azzman Jamal

 

BANGI, Selasa – Pendirian Kerajaan Madani berhubung kes Datuk Seri Najib Razak kini menjadi persoalan utama selepas keputusan Mahkamah Rayuan semalam memihak kepada bekas Perdana Menteri itu, kata Ketua Penerangan PEJUANG, Rafique Rashid.

 

Beliau berkata, kronologi proses pengampunan atau lega hukum Najib akan menunjukkan isu itu akan membawa kepada rasa resah dan bingung di kalangan rakyat.

 

Katanya, tidak keterlaluan untuk isu terbabit terkait dengan jenayah sama ada menghina kuasa sah di sisi undang-undang bagi penjawat awam atau pengabaian tanggungjawab, pengkhianatan serta pelanggaran sumpah setia kepada Perlembagaan.

 

Menurut Rafique, persoalan ditimbulkan Najib bahawa terdapat satu Titah Adendum (tambahan) pada tarikh sama yang juga menyatakan Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullan telah menitahkan baki hukuman pemenjaraan Najib dijalankan di di rumah.

 

“Pada 14 dan 19 Februari serta 222 dan 29 Mac 2024, Najib telah menulis sama ada kepada Peguam Negara, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Lembaga Pengampunan, Menteri Dalam Negeri, Pengarah Penjara, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan/atau Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di (JPM).

 

“Tiada jawapan diperolehi. Maka Najib telah ke mahkamah pada April 2024,” katanya 

 

“Saya tidak berniat mengulas sama ada Najib layak diampun atau sebaliknya, tetapi persoalan jauh lebih penting adalah mengapa kerajaan atau pihak berkaitan tidak menjawab pertanyaan yang diutarakan?” katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Rafique yang juga seorang peguam berkata, kegagalan itu menunjukkan kerajaan tidak ada ketelusan dan takut membuat penjelasan.

 

Jelas beliau, pernyataan Perdana Menteri bahawa ianya subjudis adalah tidak tepat kerana elemen itu hanya diguna pakai sekiranya mahkamah telah bersidang.

 

“Dari Februari ke April ada 60 hari tempoh itu subjudis tidak wujud lagi,” ujarnya.

 

Mengulas lanjut, Rafique berkata, isu sama ada wujud Titah Adendum atau tidak adalah pekara kedua kerana kegagalan kerajaan menjawab surat daripada Najib menjadi persoalan utama.

 

Beliau berkata, persoalan itu penting kerana rakyat ingin tahu pendirian sebenar kerajaan berhubung isu ini secara menyeluruh.

 

“Akhirnya pendirian Perdana Menteri juga dipersoal. Dari tahun 2022 semenjak dilantik sebagai PMX sentiasa basah lidah dengan frasa ketelusan, tatakelola, reformasi institusi dan integriti.

 

“Sekarang kelu, tiada kata. Hanya senyap sebagaimana tiada jawapan kepada permohonan Najib pada Februari 2024,” tambah beliau.

 

Justeru, Rafique menyimpulkan bahawa rakyat berhak menuntut peletakkan jawatan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri 1, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi serta Menteri Dalam Negeri.

 

“Mana-mana Perdana Menteri dan Jemaah Menteri selepas ini mestilah menasihatkan Agong untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di-Raja untuk menyiasat keseluruhan prosiding Lembaga Pengampunan pada 29 Januari 2024 serta perlakuan pihak terlibat selepas itu.

 

“Ia untuk apa-apa syor berkaitan tindakan undang-undang yang sesuai manfaat dan perlu supaya isu terkait kegagalan integriti dan/atau penyelewengan fakta tidak berlaku lagi,” katanya.

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

DAPSY lapor polis, dakwa hantaran kiasan Ahmad Fadhli hina institusi Diraja

Next Post

Tuduh PM, kerajaan sembunyi Titah Adendum tidak berasas – AMK

Related Posts