Mungkin Anwar, AG dan Menteri Undang-Undang patut letak jawatan – Zaid

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Zaid Ibrahim

Oleh: Azzman Jamal

 

BANGI, Isnin – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Zaid Ibrahim menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ‘kalah’ dalam isu berkaitan Titah Adendum kes Datuk Seri Najib Razak, hari ini.

 

Beliau berkata, susulan pendedahan daripada surat Istana Pahang yang didedahkan di mahkamah hari ini, maka permohonan bekas Perdana Menteri itu akan menjadi tumpuan semua.

 

“Kini semua sudah tahu bahawa Titah Adendum itu wujud. Ia telah diakui oleh Majlis Kesultanan Pahang.

 

“Siapa yang kalah? Tidak bukan Anwar Ibrahim, Perdana Menteri reformis.

 

“Sekiranya beliau berterus terang berhubung perkara ini, sudah tentu (reputasi) beliau tidak akan terkesan sebegitu teruk,” kata Zaid dalam ciapan di X hari ini.

 

Mengulas mengenai desakan supaya Anwar meletakkan jawatan, Zaid berkata, Perdana Menteri berkemungkinan menerima nasihat yang kurang bijak daripada Peguam Negara dan Menteri Undang-Undang.

 

“(Richard) Nixon (Presiden Amerika Syarikat ke-37) meletakkan jawatan berhubung skandal dan penipuan Watergate. Boris Johnson (Bekas PM United Kingdom) pun melakukan perkara sama.

 

“Saya berpandangan Anwar menerima nasihat yang kurang baik oleh Peguam Negara dan Menteri Undang-Undang,” katanya sambil menambah mungkin ketiga-tiga individu terbabit termasuk Anwar patut meletakkan jawatan. 

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Impian Malaysia: Sabar Melayu ada hadnya, PERKASA ingatkan Kit Siang

Next Post

Gaza perlu lebih 60 tahun untuk pulih

Related Posts