Oleh Wartawan TV Pertiwi
BANGI, 6 Rejab — Pasukan pejuang Hamas memaklumkan mereka bersetuju untuk membebaskan 34 tahanan daripada senarai nama yang diberikan Israel.
Pegawai yang enggan namanya disiarkan berkata pertukaran tahanan itu merangkumi wanita, kanak-kanak, warga emas dan tawanan sakit yang masih ditahan di Gaza, lapor AFP.
“Hamas bersetuju untuk membebaskan 34 banduan sama ada hidup atau mati.
“Bagaimanapun kami memerlukan tempoh selama seminggu untuk berkomunikasi bagi mengenal pasti mereka yang masih hidup atau sudah meninggal dunia,” katanya.
Pejabat Perdana Menteri Israel bagaimanapun memaklumkan Hamas masih belum memberikan senarai tebusan yang akan dibebaskan dalam perjanjian itu.
Rundingan yang dijalankan pada Sabtu diadakan dua minggu sebelum Donald Trump mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat pada 20 Januari ini.
Israel bagaimanapun giat melancarkan serangan dengan membedil Gaza apabila sekurang-kurangnya 23 orang terbunuh semalam.
Gencatan senjata sebelum ini pernah berlangsungseminggu pada November 2023 menyaksikan 80 tebusan Israel dibebaskan manakala Hamas berjaya mengembalikan 240 warga Palestin dari penjara.
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI
Ikuti media sosial TV PERTIWI: