Oleh: Azzman Jamal
BANGI, Jumaat – Pengurusan Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail diminta meningkatkan lagi keselamatan di kawasan masjid itu bagi memastikan insiden yang tidak diingini berulang pada masa hadapan.
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) merujuk kepada insiden seorang individu bukan Islam menceroboh masjid itu pada waktu Subuh pada Rabu.
Situasi itu suasana tidak senang dalam kalangan jemaah sebelum insiden berkenaan dirakamkan dan menjadi tular di media sosial.
Menurut JAWI, siasatan mendapati individu tersebut kelihatan mempunyai masalah mentah dan telah mengganggu para jemaah untuk menunaikan ibadah di masjid.
“Pihak JAWI mengucapkan terima kasih kepada pihak PDRM atas tindakan pantas menahan individu berkenaan untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, JAWI turut meluahkan rasa kesal dengan tindakan seorang jemaah yang bertindak kasar kepada individu terbabit di dalam masjid.
Katanya, tindakan itu bukanlah cara Islam dalam menangani sesuatu masalah.
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI