BANGI, 3 Rejab – Polis mengesahkan kematian pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada November lalu disebabkan strok haba.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, tiada sebarang unsur jenayah dilakukan oleh mana-mana pihak berkait kes berkenaan.
Beliau berkata, pihaknya merakam kira-kira 64 keterangan dan kertas siasatan dirujuk kepada pendakwa raya sebelum diputuskan tiada sebarang kesalahan, tiada ‘foul play’ dalam insiden terbabit.
“Mangsa meninggal dunia disebabkan strok haba.
“Kita putuskan siasatan kes itu selesai dan tiada kesalahan jenayah oleh mana-mana pihak,” katanya seperti dilapor media tempatan.
Terdahulu, seorang pelatih PALAPES dilaporkan meninggal dunia pada 13 November selepas bapa mangsa mendakwa anaknya didera secara fizikal termasuk dipijak dada serta dipaksa melakukan pelbagai aksi termasuk seperti kuda dan ditunggang jurulatih PALAPES.
Polis kemudian mengesahkan kematian Muhammad Amir Rusyaidi akibat strok haba dan kegagalan fungsi pelbagai organ.
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI