Pelapor Khas PBB bimbang Israel serang hospital terakhir utara Gaza

Oleh Wartawan TV Pertiwi

 

BANGI, 3 Rejab Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk wilayah Palestin mengecam serbuan Israel ke atas Hospital Kamal Adwan di utara Gaza. 

 

Francesca Albanese berkata serangan seumpama itu perlu dihentikan menyasarkan fasiliti kesihatan terakhir di kawasan tersebut, lapor AFP

 

“Lebih setahun pembunuhan beramai-ramai di Gaza, Israel sengaja menyerang fasiliti kesihatan menambah tekanan di Palestin. 

 

“Doktor terus diganggu, diculik dan ditahan sewenang-wenangnya oleh pasukan penjajah. 

 

“Ini adalah sebahagian daripada corak Israel untuk terus membedil dan memusnahkan sepenuhnya hak kesihatan di Gaza.” katanya. 

 

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan bersama seorang lagi pakar hak asasi kesihatan PBB, Tlaleng Mofokeng.  

 

Kenyataan itu bagaimanapun disanggah Israel mendakwa Hamas menjadikan kompleks hospital tersebut sebagai markas operasi tentera. 

 

Tentera Israel mendakwa operasi minggu lalu berjaya membunuh 20 militan dan menahan lebih 240 suspek termasuk Pengarah Hospital Kamal Adwan, Dr Hussam Abu Safiya. 

 

“Semuanya sudah didokumenkan yang Hamas menggunakan hospital dan pusat perubatan untuk aktiviti keganasan mereka dengan membina rangkaian ketenteraan. 

 

“Mereka melancarkan serangan dan menyimpan senjata di kawasan hospital. Mereka menggunakan infrastruktur dan kakitangan hospital untuk aktiviti keganasan,” katanya. 

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

 

 

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tiada unsur jenayah, polis sahkan pelatih PALAPES UiTM meninggal sebab strok haba

Next Post

Omar Al-Dirawi, wartawan kedua terbunuh dalam tempoh 24 jam

Related Posts