Omar Al-Dirawi, wartawan kedua terbunuh dalam tempoh 24 jam

GAZA, 3 Rejab – Wartawan Palestin, Omar Al-Dirawi dilaporkan terkorban dalam serangan udara tentera Israel di kawasan az-Zawayda, tengah Gaza, malam tadi.

 

Kematian Al-Dirawi menjadikannya wartawan kedua yang terkorban dalam tempoh 24 jam.

 

Menurut Pusat Media Palestin, Al-Dirawi maut selepas serangan bom menyasarkan kediamannya.

 

Terdahulu, jurugambar Hassan al-Qishaoui terbunuh dalam serangan udara pada hari Khamis, yang disahkan oleh Al Jazeera.

 

Sejak 7 Oktober 2023, sekurang-kurangnya 217 wartawan dan petugas media telah terkorban di Gaza akibat keganasan dan serangan yang tidak henti-henti di wilayah tersebut.

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pelapor Khas PBB bimbang Israel serang hospital terakhir utara Gaza

Next Post

Henti kontroversi Siri, Apple sedia ganti rugi RM427 juta

Related Posts