BANGI 2 Rejab – Polis mengesan tiga individu dipercayai warga asing atas dakwaan menyebarkan risalah agama Kristian di tempat awam di Desa Setapak, Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, setakat ini kes masih dalam siasatan.
Beliau mengesahkan, pihaknya menerima satu laporan berkaitan video tular mendakwa tiga individu menyebarkan risalah agama Kristian secara terbuka.
“”Kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.
“Usaha mengesan tiga individu sedang dilakukan bagi membantu siasatan,” katanya seperti dilapor media tempatan.
Sebelum ini, tular video berdurasi 54 saat di TikTok memaparkan individu yang dipercayai warga asing cuba menyebarkan risalah berkaitan ajaran Kristian.
Bagaimanapun, mereka kemudiannya ditegur individu beragama Islam yang lain.
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI