‘PAS bukan parti jin, jauh sekali toyol’ – Fadhli bidas Nur Jazlan

Oleh: Azzman Jamal

 

BANGI, Khamis – PAS membidas kenyataan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan menegaskan parti itu tidak pernah mendakwa ia sebagai parti ‘malaikat’, apatah lagi jin, kata Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari

 

Beliau berkata, pendirian PAS untuk hadir pada himpunan solidariti Datuk Seri Najib Razak bersama UMNO pada 6 Januari depan kerana bekas Perdana Menteri itu layak diberikan haknya sekiranya wujud titah addendum.

 

“PAS bukan jin, apatah lagi toyol. Toyol walaupun hanya makhluk khurafat, tetapi sesetengah orang percaya, toyol hanya bertindak apabila diarah oleh tuannya.

 

“Sesetangah pemimpin perangainya seperti toyol. Ada pemimpin yang berdegar-degar hebat menuntut DAP memohon maaf kononnya kerana melabelkan Barisan Nasional (BN) dengan macam-macam tuduhan, akhirnya disergah oleh DAP membisu seribu bahasa.

 

“Jadi, Nur Jazlan jangan bimbang. PAS memang ‘tiada pitih’, tapi PAS tidak akan merompak harta negara untuk mencari ‘pitih’. Duit PAS ada dalam kocek ahli-ahlinya. Jangan pula menjadi toyol untuk mencuri duit PAS,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Beliau berkata demikian bagi membidas kenyataan Nur Jazlan yang sebelum ini dilaporkan menasihat ahli UMNO supaya tidak terpedaya dengan sokongan PAS secara ‘tiba-tba’ terhadap perhimpunan solidariti Najib.

 

Mengulas lanjut, Fadhli berkata, sekiranya PAS dilihat sebagai parti ‘malaikat’ kerana sering bercakap perkara baik, maka itu terpulang kepada orang yang menilai dan bukannya label yang ditetapkan parti terbabit.

 

“Boleh jadi orang yang membuat penilaian itu ialah orang yang sering berada dalam lubuk yang tidak baik, maka dia melihat orang yang baik seperti malaikat.

 

“Ia seperti orang yang berada dalam gelap malam, melihat orang berlampu lilin pun sudah terang benderang.

 

“Sedangkan bagi orang yang berlampu lilin, itu ialah cahaya yang biasa. Apatah lagi jika melihat orang yang berlampu suluh, sudah tentu sangat dicemburui,” tambahnya.

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Lebih 10 syarikat sedia jadi pesaing PUSPAKOM, kata Menteri Pengangkutan

Next Post

Kematian 4 individu berlaku di luar premis konsert – Pengurusan Pinkfish

Related Posts