Oleh Wartawan TV Pertiwi
BANGI, 2 Rejab — Presiden UMNO mendakwa zaman Lim Guan Eng sudah berlalu dan perlu memberi kepercayaan kepada pemimpin muda.
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi diminta mengulas rasa kurang senang Pengerusi DAP itu terhadap himpunan solidariti bersama Datuk Seri Najib Razak minggu depan.
“Zaman beliau sudah berlalu dan berilah kepercayaan kepada kepimpinan DAP yang ada sekarang ini.
“Jangan hendak menyiku mana-mana sahabat,” katanya seperti dilaporkan portal Malaysia Gazette.
Guan Eng kelmarin membidas UMNO kerana bersetuju bersama PAS untuk menganjurkan himpunan solidariti memyokong Najib.
Katanya, tindakan itu menimbulkan kesangsian tentang keikhlasan UMNO untuk terus bersama kerajaan campuran pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Satu perhimpunan untuk menyatakan solidariti terhadap Najib akan diadakan Isnin ini di perkarangan Istana Kehakiman Putrajaya.
Mahkamah Rayuan akan memutuskan sama ada rayuan Najib untuk memastikan keabsahan titah adendum akan didengar kembali di mahkamah.
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI