Vivy Yusof, suami dapat pasport sementara untuk tunai umrah

Oleh Wartawan TV Pertiwi

 

29 Jamadil Akhir — Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membenarkan pasport Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar dipulangkan sementara untuk menunaikan umrah.

 

Peguam yang mewakili pasangan itu, Ashok Athimulan berkata anak guamnya akan bertolak ke Arab Saudi pada 5 Januari ini untuk menunaikan umrah, lapor Astro Awani. 

 

“Kedua-dua anak guam akan pulang ke Malaysia pada 14 Januari, maka pasport akan diserahkan semula kepada mahkamah pada 15 Januari.

 

“Saya mohon pasport diserahkan hari ini kerana ketiadaan pasport sukar untuk melakukan visa dan sebagainya,” katanya.

 

Hakim Rosli Ahmad membenarkan permohonan itu selepas tiada bantahan daripada pihak pendakwaan namun pasport terbabit perlu diserahkan pada tarikh yang ditetapkan. 

 

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin bagaimanapun mempersoalkan sama ada perancangan untuk mengerjakan umrah itu dibuat sebelum atau selepas pertuduhan.

 

Menjawab persoalan itu, Fadzaruddin berkata perancangan untuk menunaikan umrah dibuat selepas pendakwaan kesnya di mahkamah. 

 

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kemudiannya menetapkan kes disebut semula pada 22 Januari ini.

 

Pengasas FashionValet awal bulan ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pecah amanah membabitkan dana pelaburan Khazanah Nasional dan Permodalan Nasional Berhad (PNB).

 

Vivy, 36, dan suaminya didakwa melakukan kesalahan itu pada Ogos 2018 dengan dana RM8 juta dikatakan dipindahkan secara tidak sah ke akaun syarikat lain tanpa kelulusan.

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

 

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

PUSPAKOM komited hukum kakitangan terlibat salah laku

Next Post

Mohon SPRM ambil tindakan segera kerana babitkan nyawa

Related Posts