PUSPAKOM komited hukum kakitangan terlibat salah laku

Oleh Wartawan TV Pertiwi 

 

29 Jamadil Akhir — Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) mendakwa tidak akan melindungi kakitangannya yang terlibat dengan aktiviti salah laku. 

 

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mahmood Razak Bahman berkata kakitangan yang didapati bersalah akan berdepan hukuman penggantungan atau dibuang kerja, lapor Berita Harian.   

 

“PUSPAKOM menegaskan kakitangan terbabit tidak akan dilindungi daripada sebarang tindakan disiplin dalaman sekiranya terbukti ada salah laku.

 

“Bagi memastikan integriti pemeriksaan PUSPAKOM, syarikat tidak akan teragak-agak mengambil tindakan sewajarnya terhadap kakitangan terbabit.

 

“Seperti diperuntukkan di bawah terma dan syarat kontrak pekerjaan, termasuk penggantungan atau pembuangan kerja,” katanya dalam satu kenyataan semalam. 

 

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) semalam mengesan sebuah kenderaan yang dianggap tidak selamat namun lulus pemeriksaan PUSPAKOM. 

 

Pengarah Kanan Penguatkuasanya, Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, penyelia dan kakitangan PUSPAKOM yang terlibat diarah hadir ke Ibu Pejabat JPJ hari ini. 

 

“Ia untuk disoal siasat serta satu kertas siasatan akan dibuka dan kemas kini akan diberikan apabila maklumat lanjut diterima,” katanya.

 

Mahmood Razak berkata PUSPAKOM akan memberikan kerjasama penuh kepada JPJ dalam usaha jabatan itu mengadakan pemeriksaan mengejut. 

 

Katanya, PUSPAKOM juga mengalu-alukan tindakan penguatkuasaan oleh JPJ dalam memastikan pusat pemeriksaan itu mematuhi piawaian yang ditetapkan. 

 

“Kerjasama PUSPAKOM dan JPJ ini dipercayai akan mengukuhkan usaha meningkatkan tahap keselamatan jalan raya dan memelihara integriti sistem pengangkutan negara.

 

“Pemeriksaan mengejut ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan JPJ untuk memastikan keselamatan dan pematuhan undang-undang berkaitan kenderaan di jalan raya.

 

“Kami menyokong penuh inisiatif untuk memastikan segala prosedur pemeriksaan dilakukan dengan telus dan mengikut piawaian ditetapkan pihak berkuasa,” katanya.

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

 

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pesakit, jururawat hospital Gaza trauma, IOF arah buka pakaian

Next Post

Vivy Yusof, suami dapat pasport sementara untuk tunai umrah

Related Posts