Oleh Wartawan TV Pertiwi
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu selesai menjalani pembedahan membuang prostat selepas mengalami jangkitan pada saluran kencingnya.
Pejabat Netanyahu mendakwa pemimpin Zionis itu akan menghabiskan beberapa hari di di wad pemulihan bawah tanah untuk pemerhatian selepas pembedahan.
“Pembedahan itu berakhir dengan jayanya tanpa komplikasi,” kata pejabatnya seperti disiarkan portal Times of Israel.
Netanyahu yang mendapat bius penuh menjalani pembedahan di Pusat Perubatan Hadassah di Baitulmuqaddis semalam.
Pejabat Perdana Menteri Israel sebelum ini memaklumkan Netanyahu perlu menjalani pembedahan membuang prostat selepas disahkan menghidap jangkitan saluran kencing.
Katanya, Netanyahu menghidap jangkitan saluran kencing akibat pembesaran prostat jinak.
Netanyahu sebelum ini pernah menjalani pembedahan hernia pada Mac lalu manakala perentak jantung pernah dipasang di dadanya pada Julai tahun lalu.
Lebih 45,500 nyawa penduduk Palestin menjadi korban sejak Israel melancarkan pembunuhan beramai-ramai pada 7 Oktober tahun lalu.
108,180 penduduk Gaza lagi dilaporkan cedera dengan 30 kematian baharu dalam tempoh 24 jam lalu.
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI