Oleh: Azzman Jamal
BANGI, Isnin – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh membidas kenyataan yang dibuat oleh Adam Adli dan meminta Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu membezakan makna antara persoalan dan pertikaian.
Pada masa sama, Akmal turut mencabar Adam untuk menunjukkan ayat yang dikatakan sebagai mempertikai bidang kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong berhubung kenyataan yang dibuat baru-baru ini.
“Kepada sahabat saya saudara YB Adam Adli, boleh beritahu ayat mana saya pertikaikan bidang kuasa pengampunan Agong?
“Harap saudara Adan Adali boleh bezakan makna persoalan dan pertikaian,” katanya dalam hantaran di Facebook semalam.
Sebelum ini, Akmal mengemukakan persoalan kepada peguam negara mengenai kuasa pengampunan oleh Agong dan menggunakan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2018 sebagai contoh.
Namun begitu, Adam berkata, Akmal disaran menarik semula kenyataan yang dibuat kerana dianggap memperlekehkan kuasa Agong dalam proses pengampunan Anwar.
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI