14,500 mangsa, UNRWA dakwa Israel bunuh kanak-kanak setiap jam

Oleh Wartawan TV Pertiwi

 

Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian Palestin (UNRWA) mendakwa kanak-kanak di negara itu dibunuh pada setiap jam. 

 

UNRWA berkata Israel membunuh kanak-kanak tanpa sebab yang sekaligus memusnahkan masa depan mereka, lapor BERNAMA

 

“Tiada tempat yang selamat untuk kanak-kanak. Sejak perang bermula, 14,500 kanak-kanak dilaporkan terbunuh di Gaza. 

 

“Seorang kanak-kanak dibunuh setiap jam. Ini bukan sekadar angka, ia adalah nyawa yang dipendekkan.

 

“Masa hampir habis untuk kanak-kanak ini. Mereka kehilangan nyawa, masa depan dan sebahagian besar harapan mereka,” katanya.

 

Agensi itu mendakwa pembunuhan Israel di Gaza adalah disengajakan yang mengakibatkan kanak-kanak lain cedera dan mengalami tekanan emosi. 

 

Katanya, kanak-kanak di Gaza tidak mendapat pendidikan kerana kebanyakan masa mereka dihabiskan dengan mengorek sisa runtuhan. 

 

UNRWA pada Julai lalu mendakwa kanak-kanak di Semenanjung Gaza menghadapi tragedi dan trauma setiap hari akibat pembunuhan beramai-ramai oleh Israel. 

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

 

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

7 sekeluarga tinggal dalam kereta penerima Zakat Pulau Pinang

Next Post

PERKASA kecam Hannah mengaku ‘duta tuhan’ mahu sebar Kristian

Related Posts