Oleh: Azzman Jamal
BANGI, Selasa – Tujuh sekeluarga yang tinggal dalam kereta yang mendapat perhatian Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong adalah penerima skim kewangan bulanan Zakat Pulau Pinang (ZPP).
Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid berkata, berdasarkan rekod di Majlis Agama islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), mereka juga adalah penerima dana agihan bagi skim kewangan sekali gus.
“ZPP akan sentiasa mengemaskini kadar jumlahnya agar mengikut kesesuaian semasa.
“Selain skim berkenaan, ZPP telah membantu keluarga ini dengan membayar kos deposit sewaan rumah dan mereka juga sering hadir ke ZPP untuk mendapatkan bantuan kecemasan,” katanya dalam kenyataan semalam.
Pada 22 Ahad lalu, Steven Sim memuat naik video di TikTok mengenai keluarga terbabit yang menjadikan kereta Perodua Bezza sebagai tempat untuk berteduh.
Dalam pada itu Mohamad berkata, MANIPP melalui agensinya sentiasa prihatin keperluan asnaf di Pulau Pinang.
“Bagi kes ini, ZPP akan memantau perkembangan keluarga ini dari masa ke semasa sekiranya terdapat keperluan lain yang diperlukan,” tambahnya.
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI