Saya sokong Fahmi Reza, kata Wong Chen

Ahli Parlimen Subang, Wong Chen

Oleh: Azzman Jamal

 

BANGI, Jumaat – Ahli Parlimen PKR, Wong Chen menzahirkan sokongan terhadap Fahmi Reza selepas aktivis dan pereka grafik itu dipanggil untuk dirakam keterangan oleh Bukit Aman semalam.

 

Ahli Parlimen Subang itu berkata, satira politik dan parodi tidak wajar diklasifikasikan sebagai jenayah dan beliau berharap pihak polis akan menjalankan siasatan secara telus dan adil.

 

“Saya berharap pihak polis tidak akan berat sebelah dan bersikap profesional dalam menjalankan siasatan.

 

“Saya menyokong hak Fahmi sebagai kartunis politik ketika saya menjadi pembangkang, dan saya akan terus menyokong dia sekarang,” katanya dalam hantaran di Facebook semalam.

 

Semalam, Fahmi dipanggil Bukit Aman untuk dirakam keterangan berubung satira “Koruptor No.1 Sabah” yang merupakan sindiran terhadap pelantikan Tun Musa Aman sebagai Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Dipertua Sabah.

 

Menurut Fahmi, beliau dimaklumkan oleh pihak polis bahawa laporan polis itu dibuat oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Iraq pulangkan lebih 3,000 tentera Assad kembali ke Syria

Next Post

HRW dakwa genosida Israel sekat air bersih di Gaza

Related Posts