Rosmah dibebaskan daripada 17 tuduhan pengubahan wang, elak cukai

BANGI, Khamis – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membebaskan dan melepaskan Datin Seri Rosmah Mansor daripada 12 tuduhan pengubahan wang haram melibatkan lebih RM7 juta dan lima tuduhan gagal mengisytiharkan pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam negeri (LHDN).

 

Hakim, K. Muniandy mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan Rosmah untuk membatalkan semua tuduhan terhadapnya atas alasan tuduhan tersebut tanpa asas dan pendakwaan tidak mengemukakan sebarang unsur kesalahan dalam tuduhan yang dikenakan.

 

Rosmah yang merupakan isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memfailkan permohonan untuk membatalkan tuduhan. tersebut pada September 2023 dan perbicaraan dimulakan pada 12 Disember tahun lalu, selepas sebahagiannya kes ini didengar dengan keterangan daripada dua saksi. – BERNAMA

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

KPN: Peluang kedua, bekas tahanan Guantanamo akan bersama keluarga

Next Post

Lima bulan dalam penjara, peniaga Syria kongsi derita diseksa rejim

Related Posts