Oleh: Azzman Jamal
BANGI, Isnin – Aktivis dan pereka grafik, Fahmi Reza memaklumkan bahawa akaun TikTok miliknya telah dipadamkan.
Dalam hantaran di Facebook, Fahmi berkata, akaun itu dikenakan tindakan digantung ketika dia sedang membuat ‘livestream’ di kampus Universiti Malaya (UM) mengenai sejarah aktivisme mahasiswa melawan penguasa dan mahkamah.
“Akaun TikTok aku kena permanently banned (digantung) semasa aku buat livestream sesi Student Power lecture di kampus UM pasal sejarah aktivisme mahasiswa melawan penguasa dan pemerintah.
“Mula-mula TikTok sekat sesi live aku, kemudian mereka banned terus akaun aku,” katanya.
Akaun TikTok Fahmi sebelum ini mempunyai 213,00 pengikut serta 1.9 juta Likes.
Fahmi sebelum ini terkenal dengan kreativiti karyanya melukis gambar ahli-ahli politik dan pemimpin negara sebagai sindiran menyebabkan dia banyak kali dipanggil oleh pihak polis untuk disiasat.
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI