RCI Batu Puteh: Tun Mahahtir bidas kenyataan pemimpin PH

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad

Oleh: Azzman Jamal

 

BANGI, Khamis – Tun Dr Mahathir Mohamad meluahkan rasa hairan apabila isu pengguguran rayuan bagi tuntutan Batu Puteh tidak pernah dibangkitkan sejak 2018 ketika Menteri Kabinet pada ketika itu juga terdiri daripada pemimpin Pakatan Harapan (PH).

 

Dr Mahathir berkata, kenyataan yang dibuat oleh tiga pemimpin kanan PH itu juga mencetuskan persoalan apabila mereka hanya bersuara selepas perkara terbabit dijelaskan oleh bekas Perdana Menteri itu.

 

Katanya, alasan yang diberikan bahawa mereka tidak memberi pandangan mengenai isu Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan kerana ia hanya dimaklumkan semasa mesyuarat Kabinet juga menghairankan.

 

“Apakah mereka perlu saya beritahu bahawa mereka perlu beri pendapat atau pandangan baharu mereka akan berbuat demikian?

 

“Tidakkah mereka tahu bahawa sebarang apa perkara yang dibangkit, dimaklum dan ditimbul adalah memerlukan setiap anggota untuk memberi perhatian dan jika ada pandangan yang perlu mereka utarakan seharusnya dilakukan semasa mesyuarat tersebut?” soal Dr Mahathir menerusi kenyataan yang dikongsikan menerusi peguam mewakilinya, Rafique Rashid.

 

Sebelum ini, tiga pemimpin kanan PH, Datuk Seri Dr Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke dalam kenyataan bersama menyatakan bahawa keputusan berhubung isu Batu Puteh itu dibuat oleh Dr Mahathir tanpa merujuk Jemaah Menteri.

 

Menurut kenyataan itu, anggota Kabinet hanya dimaklumkan dalam mesyuarat Kabinet, dua hari selepas keputusan itu dibuat.

 

Bagaimanapun, Dr Mahathir membidas dan berkata bahawa dalam mesyuarat Kabinet tersebut, diminitkan semuaa anggota termasuk ketiga-tiga pemimpin terbabit bersetuju dengan pandangan atau makluman yang diperincikan terhadap isu tersebut.

 

Jelasnya, sekiranya anggota Kabinet memilih berdiam diri atau tidak menyatakan rasa tidak bersetuju maka, ia diterima sebagai mereka bersetuju dengan apa yang dimaklumkan atau dibentang. 

 

“Mereka mahu saya bertanggungjawab berkait isu tersebut.

 

“Tidak timbul sama ada saya menerima tanggungjawab ke atas isu tersebut kerana sebagai ketua kerajaan ketika itu.

 

“Persoalannyam apakah mereka mahu memikul tanggungjawab sebagai satu tanggungjawab bersama apabila menganggotai Kabinet?” soalnya lagi.

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

MALBATT sedia ke Syria jika diarah kerajaan, kata Panglima ATM

Next Post

Isu Pulau Batu Puteh tertakluk kepada prinsip tanggungjawab kolektif – Muhyiddin

Related Posts